CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 6

KOLEKSI TEKA-TEKA 1

hye semua..apa khabar?..berjumpa lagi anda dengan saya di alam maya ini ya..haha..baiklah..hari nie saya nak bagi sedikit teka teki yang pernah saya ingatlah...so..kalau korang nak berteka-teki dengan kawan-kawan boleh lah pasni kan...asyik korang je kne jawab...cube try test diorang plak..haha...semua teka teki takde kaitan dengan mereka yang masih hidup atau sudah tak hidup..hihi...jangan marah ye..

1 . besar di Arab kecil di China, ada di barat tiada di timur, dua pada kanan tiada pada kiri, dua kat ayah satu kat emak, tiada pada pokok ada pada daun, satu kat jari dua kat tangan, ada mase panjang takde plak mase pendek, dua kat abang dua kat kakak satu kat adik, ada mase sayng ade juga mase cinta dan tiada mase benci.. Apakah ia?

2. Buah apakah banyak jenisnya?

3. Berikan tiga langkah untuk masukkan seekor gajah dalam peti.

4. Berikan empat cara untuk masukkan zirafah dalam peti ais.

5. Ayam berkokok, harimau?

6. Bagaimanakah untuk menentukan arah belakang dan depan pokok?

7. Pada hari perayaan Thaipusam, orang India akan mengikat pokok pisang pada tiang pintu masuk ke kuil.   Kenapakah mereka berbuat demikian?

8. Lawan kepada dahaga apa?

9. Suatu hari Raja Singa memanggil kesemua warga hutan untuk menunaikan permintaan haiwan-haiwan.Setelah dilihatnya oleh Raja Singa tersebut, semua haiwan telah datang namun hanya seekor yang tidak datang. Apakah haiwan tersebut?

10. Sebuah kapal layar bergerak ke arah timur dengan arah angin bertiup ke arah utara. Ke arah mana pula asap kapal tersebut bergerak?

11. Seekor gajah melalui sebuah jambatan usang lalu menyebabkan jambatan tersebut patah. Seekor semut melalui jambatan yang sama lalu patah jugak..apekah yang patah?

12. Bayangkan anda di kawasan padang dan melihat ke arah atas (langit). Cuba anda lihat atas nun di sana (langit tadi) apakah yang ada atas nun di sana?

13. Sebatang sungai didiami oleh buaya yang suka makan perut lembu. Seekor lembu nak menyeberangi sungai tersebut yang tiada jambatan. Macam mane lembu tu nak seberangi sungai tu?

14. Sebuah kapal terbang kargo membawa muatan lebih telah hilang keseimbangan. Ade sebuah television terletak di pintu masuk kapal terbang terbabit. Pilot kapal terbang itu meminta krewnya membuang sebuah barang. Apakah barang tersebut?

15. Sekumpulan pelajar sedang bermain bola sepak di padang. Dengan tiba-tiba seorang pelajar mati secara tiba-tiba. Kenapa?

16. Ali yang pekak pergi memancing dengan Abu yang sakit jantung di sebuah sungai. Sedang mereka memancing, Ali meninggalkan Abu seketika untuk mencari kayu api. Setelah Ali kembali dia melihat Abu telah mati. Mengapakah Abu mati?

17. Buah apakah menimbulkan tanda tanya?

18. Scorpion kale ape?

19. Seekor anak babi berjalan sambil menundukkan kepala dibelakang ibunya yang tidak pula menundukkan kepala. Mengapakah anak babi  menundukkan kepala?

20. Benda apakah yang paling panjang di semesta ini?

21. Benda apakah yang paling laju di semesta ini?

22. Seorang sedang berjalan di pantai. Bila dia lihat belakang, tiada kesan tapak kakinya. Mengapakah?



Setakat ini dulu lah teka-teki saya ye..huhu...selamat menjawab..tiada kena mengena yang masih hidup, tengah hidup dan yang dah tak hidup lagi..hehe...peace ^^


Untuk jawapan..klik sini jawapan teka-teki

0 comments: